Saturday, January 04, 2014

Hello.. boleh saya cakap dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat ??

Berita terbaru yang patik baca ialah mengenai kesusahan seorang warga Malaysia, seperti kita semua, yang hidup dalam keadaaan kesusahan sehinggakan rumah yang berteduh juga terpaksa dikongsi dengan ayam-ayam kampung. Seperti yang dilaporkan oleh berita harian 4/1/2014.

Patik tidak mahu memulakan artikel ini dengan mengaitkan kesusahan rakyat dengan kos sara hidup. Ini kerana, setelah beberapa post patik sudah mula bosan membicarakan mengenainya. Lagipun, nothing's gonna change.

Oleh sebab itu, dalam berita yang dipaparkan ini, patik lebih tertarik untuk mengeji Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ya, nama sudah baik, patik terbayang pekerja yang berkerja di dalamnya adalah orang yang baik-baik, tetapi malangnya di negara ini selalunya yang namanya baik itulah setan.

Ada beberapa persoalan yang timbul di frontal cortex otak patik ketika membaca berita ini, antaranya ialah;


Bagaimana wartawan Berita Harian boleh sampai dahulu?


Haii.. tengah bwat ape tuu?? tunggu wakil JKM datang kew?

Patik selalu berasa hairan dalam kes-kes sebegini. Bagaimana agensi berita terlebih dahulu dapat "mencari" kisah semacam ini untuk dipaparkan. Sedangkan patik tidak rasa kesusahan Encik Azman ini bermula minggu lepas, ataupun bulan lepas, ataupun tahun lepas, sebaliknya sudah bertahun-tahun. Bagaimana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab ( JKM i'm looking at you! ) boleh terlepas pandang?

Alasan yang biasa diberikan adalah mereka ini tidak datang meminta untuk bantuan, maka JKM tidak akan tahu. Ohh begitu rupanya, mungkin disebabkan Encik Azman ini tidak ada akaun facebook maka susahlah untuk beliau mahu menghubungi JKM. Go figure !



Berada dalam pemerhatian?

Pihak JKM setelah dihubungi telah memberi alasan mereka mengetahui situasi sebenar Encik Azman dan beliau kini dalam pemerhatian. Pemerhatian untuk apa?? Hendak tunggu ayam yang berteduh di bawah rumah tu naik pasang Astro dalam rumah? Ataupun ada kuota berapa ekor ayam berteduh barulah dikira sebagai golongan susah. Kebodohan apakah ini? Ohh lupa, jabatan kebajikan memang selalu dipenuhi orang-orang semacam ini.


Menyiapkan laporan mengenai bentuk bantuan?

Nak bagi bantuan apa yang pikir lama sangat tu? Sampai bertahun-tahun kena buat laporan. Bantuan voucher buku 1malaysia? ke nak mintak pinjaman ngan bank dunia? ataupun tunggu wakil rakyat balik pastu nak panggil stesen tv buat liputan, motifnya: nak tunjuk wakil rakyat prihatin.


JKM dan pusat zakat

Dua ekor institusi ni paling tak beguna kat Malaysia, satu orang susah sebelah rumah pon tak boleh tolong, satu lagi dok bangga kutip duit juta-juta tapi orang susah still kena masuk bersamamu kat tv3. Patik merasa marah sebenarnya dengan golongan-golongan keparat ini, pastu kalau institusi gereja kat Malaysia ni nak bagi bantuan kat orang fakir miskin mulalah gila nak mempertahankan agamalah, akidahlah, sedangkan tugas sendiri tak boleh buat.

Bak kata menteri pasir 2 butir;
"Akai takdak"

No comments:

Post a Comment

infolinks