Sunday, January 12, 2014

Revulis special: Islam itu hak Melayu ?.. Part 1

Senarai perkataan yang tidak boleh dipakai oleh bukan Islam


Ini je? Kenapa tak ban satu kamus dewan tu terus


Patik agak terkejut dengan berita mengenai senarai perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam di negeri Selangor yang dikeluarkan oleh JAIS. Perkara sama juga berlaku di Pahang awal tahun lepas yang mengharamkan orang bukan Islam menggunakan perkataan dan perbahasan-perbahasan tertentu.

 Tidak pasti apa sebabnya, jikalau hendak dikata mengawal penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam, ini adalah sangat pelik kerana sesetengah perkataan seperti "nabi" juga tidak dibenarkan untuk diguna pakai.


 Patik masih ingat cerita mengenai sewaktu Nabi Muhammad dan sahabat menandatangani perjanjian Hudaibiyah dengan kaum kafir Quraisy. Ketika itu perjanjian asalnya menyebut nama Nabi Muhammad sebagai "Rasululah" tetapi kaum kafir Quraisy tidak berpuas hati dan hanya mahu meletakkan nama "Muhammad" sahaja. Perbuatan kaum Quraisy itu dibantah secara keras oleh sahabat-sahabat Nabi yang menegaskan bahawa nama "Rasullulah" itu perlu ada sebagai menghormati Nabi Muhammad S.A.W. Akhirnya Nabi Muhammad memberitahu Ali di mana perlu dipotong perkataan "Rasulullah" ( Nabi Muhammad tidak tahu membaca) di dalam perjanjian itu kerana Ali enggan melakukannya sebagai menghormati Rasulullah. Akhirnya perjanjian itu ditandatangani dengan nama "Muhammad" sahaja.

 Begitulah kisahnya bagaimana sahabat nabi bermati-matian mempertahankan mempertahankan perkataan "Rasulullah" di dalam perjanjian berat sebelah memihak yang memihak kepada kaum Quraisy itu. Namun malangnya, sekarang ini sesetengah perkataan seperti itu tidak lagi dibenarkan oleh orang Islam sendiri untuk dipakai oleh bukan Islam.

Adakah ini bermaksud jika perkataan "nabi" itu diharamkan maka orang bukan Islam akan memanggil Rasulullah sebagai "Muhammad" sahaja? Adakah itu yang dimahukan oleh penguatkuasa agama di negara ini?

Mangkuk ni pun satu.. sama je perangai dengan JAIS.. Guna agama untuk
otak sempit masing-masing


Siege mentality


Umat Islam di negara ini tidak habis-habis dengan siege mentality. Apa boleh buat, pemimpin memerlukan ketakutan ini untuk terus berkuasa. Jika tiada ketakutan, maka tiadalah sokongan. Politik Malaysia berkembang mengenai siapa yang mampu melindungi, bukan siapa yang berani.

Isu-isu politik, kemajuan, pembangunan, integriti, bukan saingan untuk isu seperti video seks, kalimah Allah dan Mercedes Lim Guang Eng. Agak kelakar kerana Melayu kaum majoriti, tetapi lagaknya seperti kaum minoriti. Mungkin sebab itulah terbitnya NGO-NGO pembela rakyat yang kerjanya hanya tahu buat report polis dan pegang sepanduk sambil pakai spek hitam untuk masuk TV.


Yeyy!! Kitorang masuk TV..


No comments:

Post a Comment

infolinks