Saturday, December 28, 2013

Ini negara siapa yang punya?

Patik merasa hairan setelah membaca kenyataan terbaru dari ahli politik parti memerintah kerana kebanyakan dari mereka adalah dungu yang agung.

Ketua Wanita Umno Kuantan : Mengapa makhluk seperti ini diberikan kuasa?

"Wanita Umno Bahagian Kuantan meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) meninggalkan negara ini dan tinggal di negara yang disukainya."

Jauh di dalam hati patik merasa hina untuk tinggal di Malaysia. Adakah patik dilahirkan smata-mata untuk menjadi hamba kepada parti pemerintah? Jika patik tidak menjilat parti pemerintah adakah itu bermaksud patik harus berambus dan mencari negara baru?



Patik tidak pasti makhluk bodoh jenis apakah yang mngeluarkan kenyataan yang bersifat fascist begini. Tapi patik pasti sudah banyak duit rakyat yang dikaut oleh durjana sepertinya.

Mengapa rakyat seperti patik yang harus keluar dari negara ini? Rakyat seperti patik tidak menjahanamkan negara, tidak merosakkan ekonomi negara, tidak mencetuskan jurang perkauman di negara ini, tidak mencuri duit dari rakyat yang miskin untuk mengkayakan golongan-golongan menteri di kayangan.

Semua kerosakan ini dilakukan oleh makhluk seperti Ketua Wanita Kuantan bukannya rakyat biasa seperti patik. Tapi kenapa rakyat yang harus keluar?


Adakah ini demokrasi yang dilaung-laungkan? Di media-media masa sekarang ini heboh diperkatakan mengenai perhimpunan haram yang kononnya tidak mematuhi sistem demokrasi yang subur di Malaysia ini. Tapi tidakkah kenyataan yang tidak langsung menghormati pandangan rakyat lain ini contoh demokrasi yang patut diamalkan?

"Berhimpun di jalan raya tidak demokratik tetapi menghalau rakyat yang tidak bersetuju dengan kerajaan adalah demokratik?"

Kaum bodoh jenis apakah ini? Malangnya banyak kaum-kaum seperti ini di dalam parti pemerintah. Sebab itu merekalah yang harus keluar dari negara ini agar kebodohan mereka tidak terus merebak.



No comments:

Post a Comment

infolinks