Wednesday, January 15, 2014

Maksud tersirat di sebalik isu 'Najib kangkung'

Najib dan kangkung

"Najib kangkung"

 Kalau diikutkan, isu "Najib kangkung" inilah bukanlah isu yang sangat besar dan sekadar boleh dianggap sebagai troll sahaja.

Tetapi, kini "Najib kangkung" telah menjadi trend di media sosial dan kelihatan semakin mendapat sambutan.

Najib juga sewaktu berkata mengenai isu penurunan harga kangkung pada tempoh hari pastinya "catch off guard" apabila melihatkan sambutan luar biasa rakyat terhadap "kebodohan" beliau.

Lagipun, isu ini bermula setelah video mengenai ucapannya itu tidak lah datang dari portal pihak pembangkang tetapi dari berita TV kepunyaan kerajaan.

Tapi hakikatnya, mengapakah isu "Najib kangkung" ini pantas mencuri tumpuan rakyat?



Ketidakpuasan hati rakyat


Walaupun secara teorinya negara ini adalah berasaskan demokrasi, namun hakikatnya rakyat dihimpit ketakutan untuk bersuara tidak ubah seperti di negara-negara yang diperintah secara kuku besi.

Ya betul, secara teorinya rakyat di Malaysia ini boleh menyuarakan ketidakpuasan hati mereka melalui media masa,media cetak,perhimpunan dan juga dialog.

Tetapi semua itu adalah ilusi semata-mata kerana media masa diketahui ramai adalah lidah rasmi kerajaan, TV pula menghabiskan masa siaran dengan propaganda manayangkan betapa pemimpin negara sayangkan rakyatnya dengan turun melihat mangsa banjir dengan helikopter peibadi, jika berhimpun untuk menyuarakan hak rakyat pula akan dilabel sebagai pengganas dan jika menteri mendengar rintihan rakyat sekalipun, jawapan seperti "Jika harga ayam naik, jangan makan KFC" dilihat seolah-olah menghina hak bersuara rakyat dan demokrasi itu sendiri.

Muka nerd tapi perangai macam setan

Ketidakpuasan rakyat ini sekadar mampu berlegar-legar di internet dan facebook terutamanya. Sebab itulah isu "Najib kangkung" ini cepat menjadi bualan rakyat.


Pemberontakan senyap rakyat

Jika Najib merupakan seorang pemimpin di Buenos Aires ataupun Athens, beliau sudahpun mendapat "habuan" dari kemarahan rakyat. Namun, di Malaysia perbuatan seperti itu adalah tidak bersesuaian dengan "budaya" kita, sebab itulah rakyat mengambil pendekatan yang lebih "mulia" iaitu terus tunduk menghulurkan kepala agar boleh dipijak oleh kerajaan.

Sungguh tajam kata-kata saudara

Rakyat Malaysia lebih senang menjaga periuk nasi mereka sendiri walaupun nasi semakin sedikit dan ditabur pula pasir ke dalamnya.

Rakyat pun tahu bahawa isu ini adalah remeh, namun implikasinya adalah besar. Jika dilihat rata-rata rakyat mengambil pendekatan "merendahkan" martabat Najib sebagai seorang perdana menteri dengan menjadikan isu kangkung sebagai bahan jenaka. Ini adalah tindakan "balas dendam" dari rakyat terhadap Najib yang setakat ini kerjanya hanyalah menyusahkan hidup rakyat.

Dengan adanya isu "Najib kangkung" ini, maka sedikit sebanyak rakyat boleh melepaskan amarah mereka melalui jenaka dan merendahkan kedudukan Najib, tanpa menjejaskan periuk nasi masing-masing.


Perdana Menteri yang tidak bermaruah

Alamak.. sudah silap cakap la
Berbeza dengan pemimpin sebelum ini seperti Mahathir misalnya, isu remeh seperti kangkung ini tidak akan menjadi bualan kerana kerajaan lebih berminat mengenai isu pembangunan negara (lagipun Mahathir pasti tidaklah sebodoh Najib untuk mengeluarkan kenyataan kangkung sebegitu).

Kini, Najib dilihat sebagai seorang perdana menteri yang sudah hilang kredibiliti dan maruahnya sehinggakan isu remeh seperti ini pun dipandang oleh rakyat. Tidak pasti apa yang akan berlaku terhadap isu "Najib kangkung" ini, adakah akan senyap selepas pembahagian BR1M ataupun akan terus diingat sebagai satu sumbangan terbesar Najib kepada rakyat, iaitu sebgai bahan jenaka.

Yang pasti, isu kangkung ini membawa mmaksud terisrat yang besar kerana rakyat sudah tidak tertahan lagi dengan sikap kerajaan.



- Tuan Direktor-

No comments:

Post a Comment

infolinks