Wednesday, January 08, 2014

Pemimpin beli kereta, rakyat papa kedana

Musim membeli kereta?

Mungkin patik terlepas memo, nampaknya menjelang tahun 2014 yang dijangka bakal memberi impak ekonomi yang negatif kepada rakyat, banyak pemimpin dari pusat hinggalah negeri, pembangkang ataupun kerajaan yag mengambl langkah "berjimat cermat" dengan membeli kereta-kereta baru untuk kegunaan "rasmi".

Setelah polemik pembelian mercedes oleh Lim Guang Eng belum berakhir, kini kerajaan negeri sembilan pula mengumumkan bahawa ia bercadang untuk menukar kereta perdana yang telah "lama" digunakan kepada kereta Honda Accord baru. Sebanyak 13 kereta Honda Accord yang berharga lebih kurang RM110,000 (tidak termasuk duit poket kroni)  bakal dibeli untuk menggantikan kereta Proton Perdana yang dikhabarkan sudah "uzur".

Perdana dan Accord tidak dapat dipisahkan

Patik sebagai rakyat mempunyai every damn right untuk mempertikai keputusan ini kerana duit yang dugunakan untuk membeli kereta sebagai keselesaan wakil-wakil rakyat itu adalah duit rakyat. patik tidak pula tahu bahawa duit rakyat boleh diguna sewenang-wenangnya untuk "keselesaaan" pemerintah. Lagipun, patik sangat pasti bahawa wakil-wakil rakyat ini bukanlah golongan gelandangan. mereka sudah tentu mempunyai kereta-kereta yang jauh lebih selesa dari Honda Accord. tapi, kenapa harus membazirkan berjuta wang rakyat?



Sebab itulah ada sedikit unsur hormat timbul ( sedikit.. i mean sedikit!! ) selepas Menteri Besar Negeri sembilanDatuk Seri Mohamad Hasan menyatakan bahawa beliau akan terus menggunakan kereta peribadi untuk urusan rasmi.

Cantik

Mungkin mereka tidak mahu mempamerkan kekayaan mereka dengan menggunakan kereta sendiri. Tetapi mereka juga tidak mahu mengorbankan "keselesaan" untuk menggunakan kereta yang "tidak selesa" seperti Perdana. Tidak dapat dibayangkan jika mereka menggunakan kereta kancil, boleh kena penyakit parkinson ataupun osteoporosis barangkali.

Namun begitulah cerita ataupun skrip biasa pemerintah di negara ini. "Keselesaan mereka adalah untuk ksejahteraan rakyat".

Habis tu kita ini apa? hamba abdi?

No comments:

Post a Comment

infolinks