Sunday, January 05, 2014

Mat rempit harapan negara

Mungkin ramai sudah tahu megenai berita mat rempit yang ditahan secara beramai-ramai di Pulau Pinang. Seramai lebih dari 1,000 penunggang motosikal ataupun nama manjanya mat rempit membanjiri Pulau Pinang pada malam hujung minggu lalu.
Lega .. ingatkan nak merempit, melancong rupanya

Setelah menerima laporan, maka pihak polis pon mengadakan sekatan untuk menahan mat-mat rempit ini. Tetapi, tidak seperti yang disangkakan, Berita Harian melaporkan bahawa mat-mat rempit ini telah dibebaskan oleh pihak polis setelah diketahui tujuan asal mereka datang ke Pulau Pinang adalah untuk melancong. Ding!!





Tahun Melawat Malaysia 2014

Bersempena dengan pelancaran tahun melawat Malaysia 2014, mat-mat motor ini telah menunjukkan semangat cinta negara yang tinggi dengan menjana pendapatan untuk sektor pelancongan domestik negara. Seperti yang dijelaskan oleh pihak polis, kehadiran mereka hanyalah untuk bersiar-siar di Pulau Pinang dan ini sekaligus dapat membantu ekonomi negeri tersebut.

Malaysia.. Truly Asia
Selain itu, 10 daripada mat rempit yang ditahan itu didapati positif dadah. Ini sesuatu yang bagus kerana mungkin mat-mat rempit tersebut cuba menghidupkan budaya Amsterdam untuk pelancong-pelancong dari Europe yang mungkin melawat Pulau Pinang pada masa tersebut. Pihak polis juga dilaporkan telah berjumpa dengan ketua-ketua kumpulan ini dan diberi jaminan tiada perkara buruk akan berlaku, (walaupun kebanyakan dari mereka telah merempuh tol untuk masuk ke Pulau Pinang). Ini menunjukkan jaminan dari mat rempit adalah jaminan yang boleh dipegang utuh

Inilah contoh-contoh pemuda harapan yang diingini oleh negara. Selamat maju jaya !

1 comment:

infolinks