Wednesday, January 15, 2014

Maksud tersirat di sebalik isu 'Najib kangkung'

Najib dan kangkung

"Najib kangkung"

 Kalau diikutkan, isu "Najib kangkung" inilah bukanlah isu yang sangat besar dan sekadar boleh dianggap sebagai troll sahaja.

Tetapi, kini "Najib kangkung" telah menjadi trend di media sosial dan kelihatan semakin mendapat sambutan.

Najib juga sewaktu berkata mengenai isu penurunan harga kangkung pada tempoh hari pastinya "catch off guard" apabila melihatkan sambutan luar biasa rakyat terhadap "kebodohan" beliau.

Lagipun, isu ini bermula setelah video mengenai ucapannya itu tidak lah datang dari portal pihak pembangkang tetapi dari berita TV kepunyaan kerajaan.

Tapi hakikatnya, mengapakah isu "Najib kangkung" ini pantas mencuri tumpuan rakyat?

Read more ...

Tuesday, January 14, 2014

Misteri Riza Aziz dan The Wolf of Wall Street

Menang besar di anugerah Golden Globe


Hebat, Riza Aziz bersama pelakon-pelakon Wolf of Wall Street

Setelah berakhirnya anugerah filem Golden Globe Awards baru-baru ini, media dunia sibuk membicarakan mengenai kemenangan Leonardo Di Caprio dalam anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya dalam filem tersebut. 

Filem yang diarahkan oleh pengarah filem terkenal, Martin Scorcese itu juga dianggap oleh pengkritik sebagai sebuah filem terbaik yang dihasilkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 

Namun yang mencuri tumpuan bagi rakyat Malaysia kebanyakannaya ialah bukan kerana kehebatan filem tersebut, tetapi kepada satu nama..  Riza Aziz

Read more ...

Monday, January 13, 2014

Cosplayer terbaik Malaysia ??

Permainan Cosplay

Cosplay.. bukan Coldplay, ialah satu aktiviti kemasyarakatan di mana kebiasaannya reamaja-remaja yang baru baligh ataupun dewasa yang masih tidak stabil hormonnya memakai kostum kegemaran mereka sebagai satu hiburan.

Enji Night, cosplayer yang sangat famous


Kebiasaannya Cosplay ini popular kerana awek-awek yang berpakaian mengikut watak kegemaran mereka dan ini sudah tentunya memberi fantasi yang menarik untuk sesiapa yang melihat.

Hiburan Geek

Read more ...

Sunday, January 12, 2014

Revulis special: Islam itu hak Melayu ?.. Part 1

Senarai perkataan yang tidak boleh dipakai oleh bukan Islam


Ini je? Kenapa tak ban satu kamus dewan tu terus


Patik agak terkejut dengan berita mengenai senarai perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam di negeri Selangor yang dikeluarkan oleh JAIS. Perkara sama juga berlaku di Pahang awal tahun lepas yang mengharamkan orang bukan Islam menggunakan perkataan dan perbahasan-perbahasan tertentu.

 Tidak pasti apa sebabnya, jikalau hendak dikata mengawal penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam, ini adalah sangat pelik kerana sesetengah perkataan seperti "nabi" juga tidak dibenarkan untuk diguna pakai.

Read more ...

Wednesday, January 08, 2014

Pemimpin beli kereta, rakyat papa kedana

Musim membeli kereta?

Mungkin patik terlepas memo, nampaknya menjelang tahun 2014 yang dijangka bakal memberi impak ekonomi yang negatif kepada rakyat, banyak pemimpin dari pusat hinggalah negeri, pembangkang ataupun kerajaan yag mengambl langkah "berjimat cermat" dengan membeli kereta-kereta baru untuk kegunaan "rasmi".

Setelah polemik pembelian mercedes oleh Lim Guang Eng belum berakhir, kini kerajaan negeri sembilan pula mengumumkan bahawa ia bercadang untuk menukar kereta perdana yang telah "lama" digunakan kepada kereta Honda Accord baru. Sebanyak 13 kereta Honda Accord yang berharga lebih kurang RM110,000 (tidak termasuk duit poket kroni)  bakal dibeli untuk menggantikan kereta Proton Perdana yang dikhabarkan sudah "uzur".

Perdana dan Accord tidak dapat dipisahkan

Patik sebagai rakyat mempunyai every damn right untuk mempertikai keputusan ini kerana duit yang dugunakan untuk membeli kereta sebagai keselesaan wakil-wakil rakyat itu adalah duit rakyat. patik tidak pula tahu bahawa duit rakyat boleh diguna sewenang-wenangnya untuk "keselesaaan" pemerintah. Lagipun, patik sangat pasti bahawa wakil-wakil rakyat ini bukanlah golongan gelandangan. mereka sudah tentu mempunyai kereta-kereta yang jauh lebih selesa dari Honda Accord. tapi, kenapa harus membazirkan berjuta wang rakyat?

Read more ...

Monday, January 06, 2014

Pusat Zakat yang bersifat tahyul?

Sebagai seorang manusia, patik merasa begitu terkesan apabila membaca mengenai seorang anak perempuan yang membayar yuran persekolahannya menggunakan duit syiling. Jumlah yurannya tidaklah banyak jika anda seorang yang berpendapatan sederhana. RM 64 ringgit sahaja. Isi minyak penuh tangki pun sudah lebih dari itu. Tetapi bagi mereka yang kesempitan, hatta satu sen pun dianggap bernilai.


Pusat Zakat yang mistik?

Patik sampai sekarang tidak tahu apakah fungsinya pusat zakat ini? Sekadar mengutip zakat lepas itu apa? bagi dekat kerajaan untuk buat projek lembu? Apa sumbangan pusat zakat ni kepada masyarakat secara realitinya? Kalau nak diikutkan secara teorinya memang lah banyak "sumbangan" yang boleh diberikan, tetapi itu hanyalah retorik. realitinya, ramai lagi orang Islam yang susah sedangkan pusat zakat mencatat lebihan pungutan zakat hampir setiap tahun.

Adakah pusat zakat ini wujud sebenarnya? Ataupun hanyalah dongengan cerita rakyat? Ataupun pusat zakat ini korup?

Berjuang untuk yang lemah


Senyuman :)
Media masa ataupun ilmuwan kapitalis agama boleh mencaci dan melabelkan mereka-mereka yang berjuang untuk kebajikan rakyat adalah "bughah" ataupun pengkhianat. Hakikatnya, mereka ini berjuang untuk golongan di bawah, bukan seperti NGO-NGO singkat akal yang berjuang untuk golongan di atas.


"I tremble for my country when I reflect that God is just; that His justice cannot sleep forever."- Thomas Jefferson


Kepada sesiapa yang ingin membantu, sumbangan anda boleh dihulurkan di sini

Read more ...

Sunday, January 05, 2014

Mat rempit harapan negara

Mungkin ramai sudah tahu megenai berita mat rempit yang ditahan secara beramai-ramai di Pulau Pinang. Seramai lebih dari 1,000 penunggang motosikal ataupun nama manjanya mat rempit membanjiri Pulau Pinang pada malam hujung minggu lalu.
Lega .. ingatkan nak merempit, melancong rupanya

Setelah menerima laporan, maka pihak polis pon mengadakan sekatan untuk menahan mat-mat rempit ini. Tetapi, tidak seperti yang disangkakan, Berita Harian melaporkan bahawa mat-mat rempit ini telah dibebaskan oleh pihak polis setelah diketahui tujuan asal mereka datang ke Pulau Pinang adalah untuk melancong. Ding!!


Read more ...

Saturday, January 04, 2014

Hello.. boleh saya cakap dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat ??

Berita terbaru yang patik baca ialah mengenai kesusahan seorang warga Malaysia, seperti kita semua, yang hidup dalam keadaaan kesusahan sehinggakan rumah yang berteduh juga terpaksa dikongsi dengan ayam-ayam kampung. Seperti yang dilaporkan oleh berita harian 4/1/2014.

Patik tidak mahu memulakan artikel ini dengan mengaitkan kesusahan rakyat dengan kos sara hidup. Ini kerana, setelah beberapa post patik sudah mula bosan membicarakan mengenainya. Lagipun, nothing's gonna change.

Oleh sebab itu, dalam berita yang dipaparkan ini, patik lebih tertarik untuk mengeji Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ya, nama sudah baik, patik terbayang pekerja yang berkerja di dalamnya adalah orang yang baik-baik, tetapi malangnya di negara ini selalunya yang namanya baik itulah setan.

Ada beberapa persoalan yang timbul di frontal cortex otak patik ketika membaca berita ini, antaranya ialah;


Bagaimana wartawan Berita Harian boleh sampai dahulu?


Haii.. tengah bwat ape tuu?? tunggu wakil JKM datang kew?

Patik selalu berasa hairan dalam kes-kes sebegini. Bagaimana agensi berita terlebih dahulu dapat "mencari" kisah semacam ini untuk dipaparkan. Sedangkan patik tidak rasa kesusahan Encik Azman ini bermula minggu lepas, ataupun bulan lepas, ataupun tahun lepas, sebaliknya sudah bertahun-tahun. Bagaimana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab ( JKM i'm looking at you! ) boleh terlepas pandang?

Alasan yang biasa diberikan adalah mereka ini tidak datang meminta untuk bantuan, maka JKM tidak akan tahu. Ohh begitu rupanya, mungkin disebabkan Encik Azman ini tidak ada akaun facebook maka susahlah untuk beliau mahu menghubungi JKM. Go figure !


Read more ...

Sunday, December 29, 2013

Pengalaman: Kisah seorang pemandu bas

Patik selalu berulang-alik dari ipoh ke shah alam sewaktu di Ipoh tidak lama dahulu. Perjalanannya tidaklah jauh, mengambil masa dalam 2-3 jam sahaja. Mungkin sebab itu ramai juga warga Ipoh yang berulang-alik berkerja di Kuala Lumpur.

Menaiki bas merupakan pilihan patik adalah kerana ianya menjimatkan. Bayangkan tol sahaja sudah hampir RM50 jika membawa kereta sendiri tidak termasuk harga minyak. Lagipun dengan adanya kemudahan stesen bas yang baru di Ipoh (Terminal Amanjaya), patik senang untuk meninggalkan kereta dengan jaminan keselamatan.


Ada satu pengalaman yang patik ingin kongsikan bersama tuan-tuan sewaktu patik menaiki bas ini

Patik masih ingat. Ketika itu patik dalam perjalanan balik ke Shah Alam pada malam Ahad. Seperti biasa patik mengambil tiket terakhir iaitu pada pukul 945 malam. Seperti biasa bas sampai pada masanya dan bergerak balik ke Ipoh.


Perjalanannya nampak seperti biasa. Gelap malam, sunyi dan patik sudah tertidur sebaik sahaja keluar dari Guthrie highway masuk ke Plus.Waktu itu sekitar pukul 10 lebih.

Namun begitu, mungkin ada sebabnya, patik terjaga sekitar pkl 1130. Suasana di dalam bas sunyi kerana kebanyakan dari mereka sudah tertidur. Patik cuba untuk melelapkan mata kembali namun tidak berjaya. Setelah beberapa ketika kebosanan di dalam bas tiba-tiba patik terkejut apabila bas yang patik naiki hampir melanggar penghadang besi di sebelah kiri jalan. Bas tersebut tiba-tiba meluncur laju ke arah penghadang besi itu namun nasib baiklah beberapa kaki sahaja dari penghadang tersebut pemandu bas tersebut berjaya membetulkan kembali kedudukan bas .



Patik terkejut dengan apa yang berlaku tapi tiada suara yang kedengaran di dalam bas kerana mungkin semua penumpang sudah tidur. Patik perasan di waktu itu bas tersebut kadang laju dan kadang perlahan.bas itu juga terhuyung hayang ke kiri dan kanan jalan. Nasib baiklah waktu itu hampir tengah malam dan tidak banyak kenderaan di atas jalan raya. Patik berasa tidak sedap hati lalu bangkit sedikit dari kerusi untuk melihat apa yang berlaku di hadapan. Patik berasa di barisan ketiga dari hadapan, maka senanglah untuk melihat keadaan pemandu bas tersebut.

Alangkah terkejutnya apabila patik melihat pemandu bas tersebut sedang tersengguk-sengguk menahan mengantuk dan kadang-kala terus terlelap.Dia sudah tidak mampu melihat ke hadapan kerana mengantuk.

lalu patik bangun dari tempat duduk dan menuju ke hadapan. Setelah sampai ke kerusi pemandu patik memegang bahunya dan berkata;

"pakcik ok?"

Dia yang seakan-akan terkejut terus berpaling ke arah patik dan berkata dia ok cuma sedikit mengantuk. Lalu patik mengambil keputusan untuk menemani pakcik pemandu bas itu dan duduk di sebelahnya. Dia seakan-akan sedikit takut kerana mungkin bimbang patik akan memarahinya atas apa yang berlaku sebentar tadi.

Patik duduk si sebelahnya di atas tangga bas dan mula membuka cerita untuk menemaninya. Lagipun perasaan mengantuk patik sudah hilang akibat terkejut ketika bas itu hampir melanggar penghadang jalan. Maka patik pun mulalah membuka cerita untuk mengisi suasana. Dari pengalaman hidup di Ipoh hinggalah ke Liga Super Malaysia.

Lalu di tengah-tengah perbualan itu patik bertanyakan mengenai kisahnya memnadu bas. Pemandu bas tersebut berusia sekitar lewat 40an. Dia sudah memandu bas selama jika tidak silap patik 15 tahun. Dulu dia membawa bas jarak jauh ke Thailand tapi kini beralih ke bas jarak kurang jauh sedikit atas alasan keluarga. Lantas patik bertanyakan mengenai keluarganya. Dia merupakan bapa kepada 6 orang anak. Semuanya masih bersekolah. Syif perjalanan bas yang dibawanya patik kurang pasti tetapi sekitar 7 pagi hinggalah 12 malam (patik kurang pasti kerana patik sudah kesejukan oleh aircond bas pada waktu itu). Namun, yang pasti patik masih ingat yang dia memberitahu bahawa masa berehat diantara syif itu hanyalah sejam dan kadang-kadang tidak ada langsung jika bas itu terlambat disebabkan traffic jam atau sebagainya. Jadi kadang-kadang dia terpaksa membawa bas tanpa ada masa rehat. Membawa bas adalah perkerjaan yang sangat meletihkan kerana ianya tidaklah seperti memandu kereta. Sudah banyak permintaan dan aduan dibuat ke pihak atasan namun seprti biasa, tidak dilayan.


Di tengah-tengah perbualan itu dia bertanyakan patik mengenai pekerjaan patik. Setelah patik memberitahu patik merupakan seorang doktor, dia pon meminta pandangan patik mengenai anaknya yang kini kurang sihat.

Anaknya yang bongsu kini berusia sekitar setahun lebih. Dimasukkan ke wad kanak-kanak kerana kekurangan zat. (Ya, di Malaysia ini masih banyak kanak-kanak yang kekurangan zat makanan). Syukut Alhamdulillah, kini keadaan anaknya itu sudah sedikit baik setelah dirawat dan diberi nasihat oleh doktor di hospital. Patik bertanya lagi bagaimana keadaaan anak-anak yang lain dan pemandu bas itu memberitahu semua anaknya mempunyai masalah sama.

Ini bukan pertama kali patik mendengar cerita seperti ini. Sewaktu di wad kanak-kanak dahulu banyak yang kekurangan zat. Ini menyebabkan pertumbuhan fizikal dan mental mereka terbantut. Selalunya mereka ini berasal dari golongan yang susah dan kurang berpendapatan.

Patik pun bertanya mengenai kehidupan pemandu bas tersebut. Dia bercerita bahawa setelah balik ke Ipoh pada pukul 1230 nanti dia akan terus pulang ke rumah. tapi selalunya disebabkan keletihan maka susah untuk dia tidur. hanya tidur sekejap. pada pukul 6 pagi dia sudah terpaksa bangun untuk menyiapkan anak-anaknya dan menghantar mereka ke sekolah. Selepas itu pergi berkerja seperti biasa untuk mencari nafkah.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Patik berasa tidak terdaya untuk menolong. Sekadar mampu memberi nasihat untuk anaknya yang kurang sihat itu. Namun patik tahu, untuk membeli satu tin susu untuk anaknya sudah menjadi satu beban besar buatnya. Patik tahu, makanan biasa seperti ayam, ikan dan daging adalah satu kemewahan bagi mereka.

Pengalaman ini banyak membuka mata patik.

Kadang-kadang kita lupa benda yang kita anggap sebagai keperluan adalah kemewahan bagi sesetengah yang lain. Kadang-kadang kita sombong dengan rezeki yang Allah beri kepada kita. Tidak semua orang yang kurang berkemampuan itu malas berusaha, malah ramai dari mereka yang gigih berusaha untuk menyara kehidupan. tetapi, rezeki itu Allah yang menentukan.

Sebab itu apabila membaca saranan seorang tokoh motivasi baru-baru ini agar golongan yang dihimpit kesusahan ini berusaha lebih gigih, patik merasa amat marah. Sangat marah. Ditambah pula dengan bermacam-macam kenaikan yang diumumkan baru-baru ini oleh kerajaan. Manusia ini mudah hanyut dengan rezeki dari Allah.

Segah dan sehebat manapun kita, kita masih manusia

Ingatlah, kelebihan yang diberikan oleh Allah yang membuatkan kita berdiri tinggi.

Read more ...

Saturday, December 28, 2013

Ini negara siapa yang punya?

Patik merasa hairan setelah membaca kenyataan terbaru dari ahli politik parti memerintah kerana kebanyakan dari mereka adalah dungu yang agung.

Ketua Wanita Umno Kuantan : Mengapa makhluk seperti ini diberikan kuasa?

"Wanita Umno Bahagian Kuantan meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) meninggalkan negara ini dan tinggal di negara yang disukainya."

Jauh di dalam hati patik merasa hina untuk tinggal di Malaysia. Adakah patik dilahirkan smata-mata untuk menjadi hamba kepada parti pemerintah? Jika patik tidak menjilat parti pemerintah adakah itu bermaksud patik harus berambus dan mencari negara baru?

Read more ...

Prof Muhaya: berfikirlah secara positif

Baru-baru ini perasaan rakyat Malaysia telah terguris oleh kenyataan seorang tokoh motivasi yang menayarankan agar rakyat mencari jalan keluar dari kemelut ekonomi yang berlaku disebabkan tindakan ganas kerajaan.

Kata beliau, orang yang tidak tahu bersyukur adalah orang yang tidak tenang dan rakyat lah yang harus bertanggungjawab mencari jalan penyelasaian di atas kemelut ekonomi yang melanda.

Patik ketawa terkekek-kek apabila membaca keratan sinar akhbar tersebut. Bukan kerana perkara ini kelakar tetapi kerana kejumudan pemikiran seorang yang bergelar pakar motivasi.

Prof Positif

Read more ...

Pengurangan subsidi: Ini baru permulaanya.. 2014 mu tunggu aku datang

Tahun ini rakyat Malaysia amnya telah menerima banyak kejutan istimewa dari pihak kerajaan sebagai hadiah ikhlas tulus dari hati di atas kemenangan mereka di pilhanraya yang lepas. Sebagai menghargai sokongan tanpa berbelah bagi dari rakyat yang memberikan kemenangan kepada mereka, berbagai-bagai "hadiah" telah diberikan. Setelah diumumkan pengurangan subsidi bahan api yang menyebabkan kenaikan harga minyak, datang pula berita mengenai penganalan cukai GST. Tidak cukup dengan itu, rakyat juga disajikan dengan kenaikan-kenaikan harga barang, harga tol, tarif elektrik, dan bermacam-macam lagi.


Maka satu persoalan timbul. Kenapa?

Tahun hadapan 2014 dilihat akan lebih mencabar kerana ramai pakar-pakar ekonomi meramalkan pemotongan subsidi akan terus dilakukan. Jika tuan-tuan sudah sesak nafas melihat kenaikan-kenaikan yang berlaku secara mendadak ini, dinasihatkan segera pergi berjumpa doktor kerana tahun hadapan bermacam-macam lagi pemotongan subisdi akan dilakukan.

Kenape tiba-tiba kerajaan Malaysia yang bijaksana ini mengambil tindakan yang dilihat gila dengan menaikkan kos sara hidup rakyat dengan mendadak? Sehinggakan tahap inflasi negara diramal melebihi 4% tahun hadapan. Mengapa berlaku pengurangan subsidi secara mendadak? Apa sebenarnya muslihat atau perancangan kerajaan?

Jawapannya mungkin terletak pada slogan yang sering dilaung-laungkan oleh Encik Najib ;

"Kite sekarang sedang menuju status negara maju dan negara berpendapatan tinggi"

Ya. Itu lah sebabnya. Kita sedang menuju negara maju. Disebabkan ini kerajaan mengurangkan subsidi kepada rakyat yang berjumlah hampir RM46 billion setahun. Maklumlah, mengurangkan subsidi rakyat dilihat jalan yang lebih effisien berbanding menghalang ketirisan yang belaku in plain sight dan juga goverment overspending.


Adakah En Najib bercita-cita menjadi salah seorang dari geng G8 ini?

Read more ...

Friday, December 27, 2013

Propaganda oh propaganda

Patik selalu merasa takjub akan kehebatan pihak pemerintah di Malaysia ini membuat silap mata di kaca-kaca tv setiap malam. Perrtunjukan magis yang terbaru adalahmengenai betapa ramainya jiwa-jiwa gelisah di Malaysia ini yang cintakan keamanan mahukan gerakan gulingkan kerajaan 31 Disember ini dibatalkan. Malah, ramai juga dari mereka ini mahu tindakan tegas diambil.

Perhimpunan tahun baru. Agak ironi jika perhimpunan TURUN
diadakan diwaktu kerajaan membazir berjuta-juta ringgit untuk konsert
kerohanian seperti ini.

Read more ...

Monday, December 23, 2013

An accident waiting to happen

It's not a great shock really if i'm to be honest. The standard of the healthcare in rural areas are frankly, sorry to to say, hideous! (And i'm being modest about it).



Patik tinggal di kawasan kampung sahaja. Bukan di kawasan bandar-bandar yang canggih dengan adanya segala kemudahan. Untuk pergi mednapatkan kemudahan rawatan di hospital-hospital adalah cara yang terbaik jika patik sakit. Dan perkataan "terbaik" itu adalah sangat misleading.

Kadang-kadang patik rasa hendak mengamuk juga jika ke hospital kerajaan. Bukannya patik tidak memahami, patik lebih dari memahami kerana patik juga ahlinya. Tetapi melihat rakan seprofessional membuat kerja melulu sambil lewa sehingga membahayakan nyawa membuat patik rasa kurang senang.

Berbalik kepada berita di atas. Kecuaian pihak hospital telah menyebabkan pesakit mengalami fluid overload. Sehinggakan pesakit itu mendapat pulmonary oedema dan mungkin akhirnya acute stage heart failure. Yang paling mendukacitakan apabila emak pesakit sendiri menyedari kaki dan tangan pesakit sudah mula sembap, dan jawapan yang diberikat oleh jururawat dan doktor bertugas bahawa mereka tidak tahu puncanya ialah sangat-sangat ridiculous.

Sebab inilah patik tidak suka mendapatkan khidmat kesihatan di sesetengah hospital kerajaan. Bukan semua, tetapi sedikit sahaja hospital yang bermasalah. Dan selalunya hospital-hospital ini adalah di kawasan kampung.

Dalam kes ini, pesakit pergi ke hospital hanya kerana diarrhea, tetapi ajalnya mungkin sudah begitu, kembali ke rumah dalam van jenazah. Innalillah.

Kepada pihak kerajaan. pemantauan lebih tegas perlu dikenakan kepada hospital-hospital bermasalah ini. Ini adalah berkaitan dengan nyawa dan keselamtan rakyat. Jangan hanya bising dan sibuk mengejar ratio doktor-pesakit 1:200 sehingga mengabaikan apa yang paling penting, iaitu kualiti perkhidmatan perubatan.

Read more ...

Sunday, December 22, 2013

H-1B visa,, senjata rahsia Amerika.

Namanya bagaikan secret code untuk program-program senjata Amerika. Namun, hakikatnya adalah jauh sama sekali. H-1B visa adalah sejenis non-immigrant visa yang diberi kepada orang asing untuk berkerja di Amerika. Nama timangannya ialah Genius Visa.

Genius Visa

Visa jenis ini diberikan di atas permintaan employers kepada rakyat asing yang mahu berkerja di Amerika. ini bermakna jika anda mempunyai syarikat di US, dan anda ingin mengambil tenga kerja pakar dari luar, anda boleh memohon visa H-1B ini untuk membolehkan perkerja yang dihendaki berkerja di US.

Visa jenis ini hanya terpakai selama mana seseorang pekerja itu berkerja untuk syarikat yang mengupahnya. jika ditamatkan kerja, perkerja itu perlu mencari syarikat lain ataupun visa ini akan ditamatkan.

Apa kelebihannya ?

Kelebihannya ialah jika anda seorang yang berkemahiran, ada PhD, berilmu dan bercita-cita tinggi, maka anda bloeh memohon visa ini untuk berkerja di US. Sebab itu visa ini dikenal sebagai genius visa kerana kebanyakan orang yang memohon visa ini adalah orang yang berkemahiran tinggi.


Sistem pendidikan Amerika yang semakin teruk

Perkara ini memang diakui oleh kerajaan Amerika sendiri. Sistem pendidikan di US tidak mampu menghasilkan tenaga-tenaga pakar yang cukup dan berkebolehan untuk memajukan negara. Jadi mereka mengimport genius-genius untuk berkerja dengan mereka.

Sistem pendidikan Amerika adalah teruk, lebih baik sedikit sahaja dari negara-negara dunia ketiga dalam segi kemajuan sains dan teknologi. Tapi kenapa mereka berada di depan dalam kemajuan sains dan teknologi dunia hari ini?
Bapa kandung Steve Jobs adalah arab Syria yang berhijrah ke US.

Ini kerana, kebanyakan mereka yang memajukan negara Amerika itu bukan rakyatnya sendiri. Ini membolehkan Amerika mengekalkan reputasinya sebagai negara kuasa besar, dengan menggunakan tenga-tenaga kerja asing.

50% dari pemilik ijazah PhD di US adalah foreign-born. Dan mereka-mereka ini yang mempunyai ilmu dan kemahiran dari US akhirnya balik ke negara-negara asal mereka dan ini menyebabkan berlaku pula kemajuan sains dan teknologi di negara asal mereka.

Read more ...

Fallacy : Pengurangan cukai TIDAK akan menyebakan lambakan kereta di jalan raya

Kita selalu mendengar hujah-hujah untuk menjustifikasikan kadar cukai eksais ke atas kereta yang diimport. Antara hujah yang popular adalah jika cukai-cukai itu dihapuskan maka akan berlaku lambakan kereta di atas jalan-jalan raya di Malaysia.

Patik kadang-kadang konpius melihat mereka yang berhujah menggunkan argument ini. bagi patik hujah ini adalah satu fallacy.Ya betul, secara teorinya law of demand jika sesuatu harga barang itu murah, maka permintaan ataupun penggunaan barangan itu akan meningkat. tetapi tidak dalam kes harga kereta ini. Kenapa? Mari kita bincangkan:

Hujah patik:

1.  Kereta bukan barang kepenggunaan umum



Kereta dikategorikan sebagai private goods seperti barang-barang elektronik dan juga pakaian. Ianya bukanlah public goods. Private goods bermaksud item itu adalah bersifat rivalries dan excludable. Maksudnya, harga kereta ataupun pembelian kereta adalah bergantung kepada supply ataupun penjualan kereta di pasaran dan demand dari pembeli. Semua ini bergantung kepada kehendak pasaran dan kita harus ingat supply of cars di negara ini tidaklah infinit kerana kereta diimport. Walaupun harga kereta murah, tidak semestinya akan terdapat kereta yang diingini di pasaran negara. Ini bermaksud walaupun harga kereta diturunkan, kita tidak akan melihat lonjakan jumlah kereta secara mendadak di jalan raya.

Jika ingin mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya, limitkan sahaja jumlah pengimportan kereta masuk ke Malaysia. Ini mampu check balance supply dan demand kereta import di Malaysia. Tidak perlu mengenakan cukai membabi buta terhadap rakyat.


2.  Kereta menjadi murah adalah satu misconception.

Ramai yang beranggapan jika cukai import dihapuskan atau dikurangkan, maka harga kereta akan menjadi murah. Ianya adalah salah anggapan kerana harga kereta hanya akan menjadi "relatively cheaper". Jika kereta BMW 3 series diturunkan harganya kepada RM100,000, ianya tidaklah murah secara literalnya, tetapi secara relatifnya ianya agak murah.

Apakah significant perkara ini? Ini bermaksud golongan-golongan upper class middle income kini mampu membeli kereta-kereta import yang dikehendaki pada harga yang jauh lebih murah. Tetapi kepada golongan lower middle income ataupun lower middle income, penurunan harga kereta ini tidak akan memberi kesan.


3.  Market segment Proton tidak akan terjejas

Jika proton benar-benar ingin terus menguasai sektor ekonomi negara dengan polisi kuku besinya, kerajaan boleh mengenakan cukai kepada kereta yang berada dalam market segment Proton. Ini bermakna kereta yang import yang berharga RM100,000 kebawah boleh dikenakan cukai import yang tinggi agar kereta Proton akan masih mendapat demand kerana harganya murah.

Tetapi untuk mengenakan cukai eksais yang sama kepada kereta yang berharga beratus-ratus ribu adalah satu kebodohan kerana kereta-kereta ini tidaklah bersaing dalam market proton. Lagipun duit beratus-ratus ribu setiap kereta itu hanyalah dapat kepada golongan tertentu sahaja dan tidak sampai untuk pembangunan kerajaan. Lebih baik duit itu disimpan oleh pembeli kereta dan mereka dapat menggunakannya untuk benda lain. Ini secara tidak langsung dapat meningkat liquidity ekonomi negara.




4.  Banyak atau sikit kereta bergantung kepada jumlah pemandu.

Melainkan anda adalah seekor octopus, besar kemungkinan anda hanya mempunyai 2 tangan. Adalah sangat kelakar jika sesiapa berfikir bahawa jika kereta menjadi murah, maka akan bertambahlah bilangan kereta di jalan raya. Ya, rakyat Malaysia mungkin mampu membeli lebih banyak kereta dan disimpan di RUMAH, namun di atas JALAN RAYA, tiada perubahan yang drastik akan berlaku. Kita tidak boleh memandu 2,3 atau empat bijik kereta pada satu-satu masa. Cuma yang akan berbeza ialah jenis kenderaan akan dipandu.

Golongan berpendapatan rendah yang sebelum ini tidak mampu memiliki kereta pon tidak akan terkesan. Ini kerana, sekarangpun mereka tidak mampu memiliki kereta-kereta ekonomi seperti kancil ataupun saga, jika cukai diturunkan nanti mereka tidak akan secara tiba-tiba mampu membeli Toyota Camry.

Hakikatnya, yang akan mendapat manfaat adalah rakyat Malaysia yang sudah ada kenderaan. Apa yang berlaku hanyalah mereka akan bertukar jenis kenderaan. Dari kereta lama kepada kereta import baru yang affordable. Tidak akan ada pertambahan kereta secara drastik di jalan raya!


Read more ...

Friday, December 20, 2013

Robosourcing pembunuh golongan berpendapatan rendah?

Tajuknya mungkin persis filem-filem sains fiksyen futuristik bukan?

Hakikatnya, ianya bukan lagi sains fiksyen. Ianya satu fenomena global dan hanya masa yang menentukan bila kita sebagai rakyat Malaysia sedar akan perubahan yang sedang melanda dunia ini. Kemungkinan besar bila kita menyedarinya, ianya sudah terlambat.

Apa itu "Robosourcing" ?


Mesin-mesin pengeluar di kilang kereta

Patik percaya ramai yang pernah dengar ataupun faham akan konsep "outsourcing". Di mana negara-negara maju memindahkan kilang-kilang mereka pengeluaran ataupun perniagaan mereka ke negara-negara berpendapatan rendah tetapi menawarkan khidmat kerja yang berpatutan. Contohnya seperti Apple yang memindahkan kilang operasi mereka ke China. Ini semua dilakukan untuk menjimatkan kos.

Tapi apa itu robosourcing? Konsepnya sama. Cuma apa yang dipindahkan adalah tenaga kerja manusia. Dalam robosourcing, tenaga kerja manusia digantikan dengan mesin-mesin pengeluaran untuk menjimatkan kos.

Read more ...

Mengapa kita berhak untuk mengeji Proton?

Dilancarkan pada 1983, Proton merupakan satu intrepitasi kepada wawasan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir. Bukan senang untuk sebuah Negara kerdil post-colonization seperti Malaysia untuk melancarkan kereta buatan sendiri. Malaysia bukan negara industri, tiada tenaga kerja pakar untuk membina kereta, tiada infrastruktur dan saiz market yang kecil untuk pasaran kereta bukan seperti di China ataupun US. Namun visi Tun Mahathir terlaksana walaupun mendapat lebih banyak kritikan dari sokongan. Hasilnya, kereta pertama buatan Malaysia dihasilkan oleh kilang proton di Shah Alam.

Secara peribadi, kereta Perdana merupakan yang terbaik pernah dihasilkan negtara. Marketnya adalah sama dengan kereta2 saloon buatan luar tetapi tetap mampu bersaing. Hairan kenapa model bisnes ini tidak diteruskan


Proton Saga, yang dihasilkan berdasarkan kereta Mitsubishi Lancer Fiore, merupakan detik bersejarah bagi Malaysia. Bukan hanya kerana kita telah berjaya mengeluarkan kereta sendiri, tetapi itu telah melambangkan signal of intent bagi negara Malaysia kesuluruhannya. Kita bukan lagi hanya Negara berasaskan pertanian. Kita mahu menjadi negara insudtri, dan penghasilan Proton Saga merupakan satu statement Malaysia kepada dunia. Negara kecil ini mampu bersaing dengan negara-negara besar yang lain.

Fast forward selepas 30 tahun, Proton baru-baru ini telah melancarkan Proton Perdana baru yang akan dihasilkan berdasarkan rekaan kereta Honda Accord generasi ke-lapan. Jika Proton Saga dibuat berdasarkan kereta Mitsubishi, jadi apa salahnya jika Proton Perdana baru mengambil rekaan kereta Honda Accord ?

Read more ...

Thursday, December 19, 2013

Sembah dehaka Tun M... dengan sistem cukai sekarang ini, menghasilkan kereta elektrik BUKAN satu idea yang bagus.

Merujuk kepada kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir baru-baru ini bahawa idea untuk Proton membangunkan kereta elektrik sendiri adalah idea yang baik. Patik sangat bersetuju dengan kenyataan itu. Kereta elektrik disebut-sebut sebagai kereta masa depan di mana enjin yang berasaskan bahan api fosil akan menjadi lupuk dan obscolete.

Kereta berkuasa elektrik memunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan kereta konvensional yang menggunakan internal combustion engine. Kereta elektrik adalah mesra alam, menjimatkan, dan tidak bergantung kepada bahan api fosil. Walaupun kini sudah banyak kereta elektrik di pasaran, namun ia dilihat masih dalam proses penyelidikan tetapi it's just a matter of time. Dalam beberapa tahun lagi, a fully-functioned electric cars should be produced.

Kereta elektrik buatan tesla

Di US, syarikat seperti tesla sudah mampu mengeluarkan kereta berkuasa tinggi yang menggunakan kuasa elektrik. Semuanya nampak menarik dan idea ini sememangnya sedang dikembangkan di negara-negara maju.Setakat ini sahaja lah apa yang dipersetujui oleh patik.

Apa masalahnya di Malaysia ?

Read more ...

Kisah tauladan: aku adalah sebuah buah catur

Aku dilahirkan di dalam sebuah kilang membuat catur.di sebuah negara di timur yang dikenali sebagai Malaysia. Di kilang membuat catur ini, banyak jenis buah catur dihasilkan. Ada buah catur gelap, cerah, kuning dan bermacam-macam lagi. ada catur yang mahal dan ada catur yang murah. Nasib ku malang kerana aku hanyalah buah catur murah berpangkat askar yang biasa.

Tangan halimunan pemain  catur

Pada mulanya, sebelum aku dijadikan buah catur, aku hanyalah batu marmar yang suci. Tiada kekotoran, bersih dan cantik. Namun, untuk dijadikan sebuah buah catur, aku perlu dihantar ke kilang. Di sana, aku telah dipotong, dikotorkan, dipanaskan, dibentuk dan dicat dengan bermacam-macam bentuk dan corak oleh pihak Pengilang agar aku akan menjadi buah catur yang sempurna.

Membuat catur mengambil masa yang lama. Setelah bermacam-macam acuan yang disediakan oleh pengilang aku lalui, akhirnya mereka berjaya membentuk aku menjadi satu buah catur berpangkat askar dan bersedia untuk permainan catur.

Menyediakan buah-buah catur untuk dijadikan alat dalam permainan catur pemain-pemain mengambil masa yang lama. Sekurang-kurangnya 21 tahun diperlukan sebelum mana-man buah catur sedia digunakan. Dalam tempoh 21 tahun ini, bermacam-macam cara digunakan oleh pengilang untuk menjadikan catur mereka adalah produk yang terbaik. Ada yang diajar membenci catur lain, ada yang mengajar catur-catur lain tidak boleh dipercayai dan ada juga yang pengilang yang mengajar untuk menjadi buah catur yang baik, ikut sahaja apa yang disuruh oleh pemain catur.

Setelah siap dihasilkan di kilang, buah-buah catur seperti aku akhirnya dihantar ke kedai-kedai untuk dijual. Banyak jenis kedai yang menerima buah catur. Kedai-kedai ini terdapat banyak jenis dan label. Ada yang berlabelkan demokratik, berlabelkan nerjuang untuk bangsa, berjuang untuk agama dan ada juga sesetangahnya berjuang untuk kepentingan peribadi pemain-pemain catur.

Read more ...
infolinks