Wednesday, December 18, 2013

China sudah sampai ke bulan..

"Menuntut ilmu buar sampai ke negeri China"..

Ramai dari kita mesti pernah mendengar kata-kata ini. Patik pasti ramai yang mengetahui bahawa ayat ini adalah hadis sohih.

Minggu ini China mengumukan bahawa prob Chang'e 3 dan rover Yutu ciptaan mereka telah berjaya mendarat di bulan. Kerajaan China juga telah menyebarkan gambar-gambar yang diambil oleh prob bulan tersebut.

Implikasi kejayaan ini sangat besar. Ini membuktikan China bukan lagi pengeluar barangan-barangan "Made in China" yang tidak bermutu tetapi sekarang ini merupakan satu kuasa besar yang seharusnya dihormati. Kini ramai yang mungkin menjawab jika diperli barangan "Made in China" tidak berkualiti, meraka akan menjawab "barangan Made in China sudah sampai ke bulan". It is a national pride. Kebanggan untuk negara mereka.

National Pride. Ya, national pride.

Ianya satu konsep yang asing bagi rakyat Malaysia. Berbangga untuk negara Malaysia? Mengapa? Tiada apa-apa pun yang perlu dibanggakan.

Patik masih ingat semasa program angkasa yang pertama dimulakan. Ramai juga yang melenting mengatakan bahawa projek itu ialah pembaziran. Lebih baik jika wang sebanyak itu digunakan untuk memenuhi kehendak rakyat (iaitu golongan ini). Ya betul, ini membazir. bagi mereka ini hidup hanyalah untuk makan, tidur, berkerja mencari duit dan membiak. Kemajuan sains dan teknologi hanyalah ilusi duniawi.

Biar hidup tidak berilmu asal makan cukup. Biar kita tidak mampu mencipta asal kita mampu membeli. Biar orang kafir sahaja yang mencorak pembangunan dunia kerana kita sudah pasti mendapat habuan di akhirat. Biarlah di dunia ini orang kafir yang berkuasa, bila mereka mati kita hanya mampu mendabik dada dengan mencerca sesiapa yang mengucapkan R.I.P.

Islam itu hanyalah akhirat. Dunia hanya sementara. Sia-sia sahaja belajar tinggi-tinggi kerana akhirnya ke kubur juga. Hidup ini sekadar sementara, jadi buat apa kita menghabiskan masa dengan berfikir dan mengkaji ilmu duniawi.

Patik selalu tersenyum bila berhadapan dengan golongan-golongan jumud ini. Patik pasti golongan-golongan yang berfikiran begini tidak lah juga mengkaji ilmu ukhrawi.

Jika tidak, mereka pasti tahu, ayat pertama, seruan pertama Allah kepada manusia ialah " Iqra' "...





No comments:

Post a Comment

infolinks