Thursday, December 19, 2013

Kisah tauladan: aku adalah sebuah buah catur

Aku dilahirkan di dalam sebuah kilang membuat catur.di sebuah negara di timur yang dikenali sebagai Malaysia. Di kilang membuat catur ini, banyak jenis buah catur dihasilkan. Ada buah catur gelap, cerah, kuning dan bermacam-macam lagi. ada catur yang mahal dan ada catur yang murah. Nasib ku malang kerana aku hanyalah buah catur murah berpangkat askar yang biasa.

Tangan halimunan pemain  catur

Pada mulanya, sebelum aku dijadikan buah catur, aku hanyalah batu marmar yang suci. Tiada kekotoran, bersih dan cantik. Namun, untuk dijadikan sebuah buah catur, aku perlu dihantar ke kilang. Di sana, aku telah dipotong, dikotorkan, dipanaskan, dibentuk dan dicat dengan bermacam-macam bentuk dan corak oleh pihak Pengilang agar aku akan menjadi buah catur yang sempurna.

Membuat catur mengambil masa yang lama. Setelah bermacam-macam acuan yang disediakan oleh pengilang aku lalui, akhirnya mereka berjaya membentuk aku menjadi satu buah catur berpangkat askar dan bersedia untuk permainan catur.

Menyediakan buah-buah catur untuk dijadikan alat dalam permainan catur pemain-pemain mengambil masa yang lama. Sekurang-kurangnya 21 tahun diperlukan sebelum mana-man buah catur sedia digunakan. Dalam tempoh 21 tahun ini, bermacam-macam cara digunakan oleh pengilang untuk menjadikan catur mereka adalah produk yang terbaik. Ada yang diajar membenci catur lain, ada yang mengajar catur-catur lain tidak boleh dipercayai dan ada juga yang pengilang yang mengajar untuk menjadi buah catur yang baik, ikut sahaja apa yang disuruh oleh pemain catur.

Setelah siap dihasilkan di kilang, buah-buah catur seperti aku akhirnya dihantar ke kedai-kedai untuk dijual. Banyak jenis kedai yang menerima buah catur. Kedai-kedai ini terdapat banyak jenis dan label. Ada yang berlabelkan demokratik, berlabelkan nerjuang untuk bangsa, berjuang untuk agama dan ada juga sesetangahnya berjuang untuk kepentingan peribadi pemain-pemain catur.



Kebiasaanya, para pemain catur akan datang ke kedai ini untuk mencari catur-catur baru untuk dijadikan alat dalam permainan mereka bergantung kepada keperluan mereka. Jika terdapat permainan-permainan caru yang diadakan, maka berebut-rebutlah pemain-pemain catur ini ke kedai masing-masing untuk mencari buah catur untuk digunakan.

Aku melihat catur-catur lain di kedai ini. Catur Melayu paling banyak, tetapi kami tidak sehaluan. Masing- masing percaya nanti mereka akan dibeli oleh pemain catur yang jujur dan ikhlas dalam permainan dan akhirnya nasib mereka sebagai buah catur akan terbela. Ada catur yang berasal dari China, ada dari India, ada dari Sabah dan Sarawak. Aku kasihan melihat catur India dan catur China. Walaupun kami dahulu dihasilkan di kilang yang sama, membesar di acuan yang sama, melalui penat jerih dicat, diukir bersama dan dijual di kedai yang sama, namun mereka masih dianggap catur asing hanya kerana patent mereka bukan dari Malaysia.

Buah catur askar yang sering dikorbankan

Nasib aku malang, aku tidak sesempurna buah-buah catur lain. Terdapat kecacatan pada aku semasa di kilang menyebabkan aku tidak mampu menjadi buah catur dalam mana-mana permainan catur. Aku tidak mampu mengikut arahan pemain-pemain catur dengan bagus. Disebabkan ini, ramai permain catur tidak mahukan aku.

Sering kali aku iri hati melihat catur-catur lain berlawan di papan catur. Mereka memberikan yang terbaik untuk tuan mereka, iaitu pemain-pemain catur. Mereka sanggup bergerak kemana saja yang diarahkan oleh pemain catur, malahan ada yang sanggup berkorban dalam permainan tuan mereka. Kadang-kadang aku merasa sedih melihat buah-buah catur yang dahulunya dihasilkan dan membesar bersama kini sanggup berlawan sesama sendiri semata-mata inginkan kemenangan bagi pihak tuan masing-masing. Pada masa yang sama aku juga merasa kagum akan kehandalan pemain-pemain catur ini mengawal dan mengarahkan catur-catur ini berlawan mengikut apa sahaja kehendak mereka.

Semakin lama aku semakin keseorangan, semua catur-catur di kedai ini sudah hampir habis dibeli oleh para pemain catur. Akhirnya mungkin akan tinggal catur-catur seperti aku di kedai ini, buah-buah catur yang mungkin sudah dianggap "rosak" dan tidak boleh digunakan lagi dalam permainan mereka, tuan-tuan catur.



Namun aku tidak mengalah. Walaupu dilihat mustahil dan sukar, di akhirnya mungkin ada himah di sebalik semua ini kerana mungkin selepas ini catur-catur seperti aku boleh mencorak permainan sendiri dan menewaskan pemain-pemain catur dalam permainan mereka, permainan catur politik.

No comments:

Post a Comment

infolinks