Monday, December 16, 2013

Wawasan dobloh-dobloh

Teringat di wasktu patik masih kecil, mata pelajaran lukisan merupakan subjek yang paling digemari kerana patik sangat gemar melukis. Melukis mungkin satu perkara asing bagi kanak-kanak zaman sekarang yang lebih senang photoshop sahaja apa-apa gambar di Ipad mereka.


A man's vision 

Masih teringat satu tugasan yang diberikan oleh cikgu patik sewaktu berada di sekolah rendah. Tajuknya ialah "Pemandangan di tahun 2020". Oh lupa diingatkan, Wawasan 2020 merupakan satu visi oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Mungkin ramai yang lupa bahawa kita dulu pernah berwawasan untuk menjadi negara maju setelah sekian lama disuapkan dengan berita liwat, rasuah, inflasi dan juga K rajagobal. Ya, kita dulu pernah menjadi negara yang berwawasan.

Waktu itu patik masih ingat sekitar hujung tahun 90an. Sebagai seorang budak yang baru hendak akil baligh, prospek membesar di dalam negara yang berwawasan tinggi semestinya mengujakan. tambah-tambah pula menjelang sambutan millenia baru. Tahun 2000. Ianya bagaikan mimpi.

Berbalik kepada tugasan pendidikan seni yang diberikan kepada patik itu, "Pemandangan di tahun 2020" sangat mencabar imaginasi budak yang innocent macam patik. Masih ingat lagi, tidak sah lukisan zaman futuristik jika tidak ada kereta terbang ala-ala Back to the Future, robot dan juga bangunan futuristik yang tinggi-tinggi.Tahun 2020 dilihat sangat jauh ketika itu, namun semua tidak sabar menunggu. Ramai cikgu patik yang berkata generasi patik harus berbangga dan bertuah dapat hidup di zaman wawasan 2020 kerana tahun 2020 adalah untuk generasi patik.

Sungguh salah tanggapan tersebut.

Sekarang tahun 2013 dan dalam beberapa minggu bakal memasuki tahun 2014. Hanya tinggal 6 tahun sahaja lagi sebelum menjelang tahun 2020. Tiada kereta terbang, tiada robot, dan tiada bangunan futuristik.
Wawasan 2020 dan impian generasi patik berkubur begitu sahaja. Sekarang ramai yang sudah tidak bercakap mengenai Wawasan 2020 bagaikan semua rakyat sudah pasrah menerima hakikat wawasan itu sudah berkubur.

Sekarang ini kebanyakan orang lebih berminat untuk survival diri masing-masing. mereka tidak boleh dipersalahkan kerana kos sara hidup yang sangat tinggi mampu membunuh impian dan cita-cita rakyat. Yang ada hanyalah kereta yang kosnya mahal, menteri robot dan bangunan yang sering runtuh. 

Selamat tinggal Wawasan 2020..

No comments:

Post a Comment

infolinks