Friday, December 20, 2013

Mengapa kita berhak untuk mengeji Proton?

Dilancarkan pada 1983, Proton merupakan satu intrepitasi kepada wawasan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir. Bukan senang untuk sebuah Negara kerdil post-colonization seperti Malaysia untuk melancarkan kereta buatan sendiri. Malaysia bukan negara industri, tiada tenaga kerja pakar untuk membina kereta, tiada infrastruktur dan saiz market yang kecil untuk pasaran kereta bukan seperti di China ataupun US. Namun visi Tun Mahathir terlaksana walaupun mendapat lebih banyak kritikan dari sokongan. Hasilnya, kereta pertama buatan Malaysia dihasilkan oleh kilang proton di Shah Alam.

Secara peribadi, kereta Perdana merupakan yang terbaik pernah dihasilkan negtara. Marketnya adalah sama dengan kereta2 saloon buatan luar tetapi tetap mampu bersaing. Hairan kenapa model bisnes ini tidak diteruskan


Proton Saga, yang dihasilkan berdasarkan kereta Mitsubishi Lancer Fiore, merupakan detik bersejarah bagi Malaysia. Bukan hanya kerana kita telah berjaya mengeluarkan kereta sendiri, tetapi itu telah melambangkan signal of intent bagi negara Malaysia kesuluruhannya. Kita bukan lagi hanya Negara berasaskan pertanian. Kita mahu menjadi negara insudtri, dan penghasilan Proton Saga merupakan satu statement Malaysia kepada dunia. Negara kecil ini mampu bersaing dengan negara-negara besar yang lain.

Fast forward selepas 30 tahun, Proton baru-baru ini telah melancarkan Proton Perdana baru yang akan dihasilkan berdasarkan rekaan kereta Honda Accord generasi ke-lapan. Jika Proton Saga dibuat berdasarkan kereta Mitsubishi, jadi apa salahnya jika Proton Perdana baru mengambil rekaan kereta Honda Accord ?



Banyak salahnya..

Proton merupakan lambang kepada negara. Lambang kemajuan  dan inovasi bagi Malaysia. Jika proton saga yang pertama diambil rekaannya dari kereta asing, itu adalah difahami kerana kita masih tidak mempunyai kepakaran secukupnya untuk menghasilkan kereta secara menyeluruh. Lihat sahaja China, kebanyakan kereta-kereta generasi awalnya banyak menciplak rekaan kereta asing. Namun, secara berperingkat mereka belajar untuk menghasilkan kereta buatan sendiri yang sepenuhnya direka oleh anak tempatan. Berlainan dengan Proton, setelah 30 tahun, inovasi adalah satu perkataan yang jaggal.

Tidakkah kita berasa malu jika dunia melihat kereta nasional kita, hasil kepakaran dan kebijaksanaan anak tempatan hanyalah sekadar kereta Honda Accord yang telah diubah lambangnya? Tidakkah kita malu sebagai sebuah negara yang kononnya ingin menuju negara maju  tetapi tidak mampu menciplak kereta asingi?

Mungkin ramai rakyat yang lebih patriotik dari patik akan berkata “macam mana pun kita haruslah sokong kereta buatan sendiri”.  Ya betul, kita harus sokong. Tapi adakah kita perlu menyokong jika kita melihat industri kereta negara kita layu? Adakah pengorbanan rakyat yang selama ini membayar cukai eksais yang mungkin antara tertinggi di dunia tidak mempunyai apa-apa makna?

Patik faham jika ramai yang mengatakan yang kos R&D bagi penghasilan kereta sendiri from scratch sangat tinggi. Untuk menghasilkan enjin sendiri sahaja mengambil masa bertahun-tahun. Namun apalah halangan itu jika dibandingkan dengan halangan Tun Mahathir semasa menubuhkan Proton. Proton merupakan lambang Malaysia membuktikan bahawa kita mampu melakukan sesuatu walaupun dilihat mustahil. Itulah semangat proton. Itulah yang patut di kagumi dan dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Hasil "inovasi" tempatan...

Sampai bila rakyat yang terpaksa berkorban sedangkan pihak kerajaan sendiri pun berhasrat menggunakan kereta Honda Accord, tetapi nasib baik bertukar kepada kereta proton, yang akhirnya juga mengambil rekaan kereta Honda Accord. Bagaimana dengan tindakan tersebut? Berapa banyak ahli-ahli politik yang siang malam bersyarah “kita harus mempertahankan kereta nasional” tetapi tidak lah menggunakan kereta buatan Malaysia kecuali untuk publisiti sahaja. Mengapa rakyat sahaja yang harus berkorban? Sebab inilah Proton harus dikeji, kerana ia sudah menjadi tool of oppression.

Proton telah dijadikan alat untuk menjustifikasi cukai import yang tinggi, menjustifikasikan AP yang hanya mengkayakan segelintir puak.

Kita boleh menjadi bodoh dan menutup mata sambil melaungkan “sokonglah kereta nasional!”. Hakikatnya tiada kereta nasional.. yang ada hanyalah keuntungan yang dikaut oleh segelintir puak yang bermodalkan perkataan “patriotik”.

No comments:

Post a Comment

infolinks