Thursday, December 19, 2013

Sembah dehaka Tun M... dengan sistem cukai sekarang ini, menghasilkan kereta elektrik BUKAN satu idea yang bagus.

Merujuk kepada kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir baru-baru ini bahawa idea untuk Proton membangunkan kereta elektrik sendiri adalah idea yang baik. Patik sangat bersetuju dengan kenyataan itu. Kereta elektrik disebut-sebut sebagai kereta masa depan di mana enjin yang berasaskan bahan api fosil akan menjadi lupuk dan obscolete.

Kereta berkuasa elektrik memunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan kereta konvensional yang menggunakan internal combustion engine. Kereta elektrik adalah mesra alam, menjimatkan, dan tidak bergantung kepada bahan api fosil. Walaupun kini sudah banyak kereta elektrik di pasaran, namun ia dilihat masih dalam proses penyelidikan tetapi it's just a matter of time. Dalam beberapa tahun lagi, a fully-functioned electric cars should be produced.

Kereta elektrik buatan tesla

Di US, syarikat seperti tesla sudah mampu mengeluarkan kereta berkuasa tinggi yang menggunakan kuasa elektrik. Semuanya nampak menarik dan idea ini sememangnya sedang dikembangkan di negara-negara maju.Setakat ini sahaja lah apa yang dipersetujui oleh patik.

Apa masalahnya di Malaysia ?



Masalahnya ialah CUKAI.

Ya cukai. Perbezaan terbesar ialah attitude rakyat dan kerajaan terhadap pemilikan kereta. Di negara-negara maju, kereta tidaklah dianggap aset dan kos pemilikan kereta adalah rendah. Mereka boleh bertukar kereta setiap beberapa tahun dan menggunakan kereta elektrik adalah satu cara yang baik untuk menjimatkan dan menjana ekonomi.

Teknologi terbaru, papan dashboard touchscreen ciptaan Tesla.

Berbeza di Malaysia, di mana membeli dan memiliki kereta adalah seperti membeli sebuah rumah. Kereta sebenarnya bukanlah satu pelaburan kerana nilai susutnya yang tinggi, tetapi pelaksanaan cukai yang melampau menjadikan kereta itu dilihat oleh rakyat sebagai satu long-term investment. Kereta bukan investment!. Kereta sepatutnya dianggap sebagai consumer goods. Tetapi di Malaysia, selalunya kita harus membuat pinjaman bank yang kadang-kadangnya sampai 9 tahun untuk membeli kereta. Untuk negara yang percapital income nya lebih kurang RM 30.000 setiap tahun, membayar sekurang-kurangnya RM 600 sebulan selama sembilan tahun untuk kereta yang beharga lebih kurang RM50,000 adalah satu ketidak-adilan.

Siapa yang mahu membeli kereta elektrik yang nilai pasarannya pasti akan susut jauh lebih cepat dari kereta konventional. Dan pastinya kereta-kereta elektrik ini tidak mempunyai second-hand value kerana kemajuan teknologi adalah pantas. Kereta elektrik sangat terikat dengan perkembangan teknologi. Dalam masa beberapa tahun sahaja, pasti akan ada tambahan ataupun kemajuan baru yang dicipta dalam bidang elektronik. Kereta elektrik akan dianggap tidak kurang daripada telefon bimbit ataupun komputer sekarang ini. Kereta elektrik adalah ideal untuk jangka masa pemilikan yang pendek. Tapi di Malaysia yang harga keretanya seakan-akan harga rumah, memiliki kereta elektrik adalah luxury dan bukannya keperluan.

Untuk memiliki kereta bagi satu tempoh jangka masa yang panjang, tiada siapa akan memilih kereta elektrik. Ini bukan Jepun, ini bukan US. Ini Malaysia, rakyat sudah terbeban dengan cukai yang tinggi, jangan ditambahkan pula dengan idea bernas untuk menghasilkan kereta elektrik. Untuk membeli kereta buatan sendiri pon terpaksa berhutang bertahun-tahun. Make cars affordable first!

Kereta elektrik hanya untuk orang kaya di Malaysia..


No comments:

Post a Comment

infolinks