Friday, December 27, 2013

Propaganda oh propaganda

Patik selalu merasa takjub akan kehebatan pihak pemerintah di Malaysia ini membuat silap mata di kaca-kaca tv setiap malam. Perrtunjukan magis yang terbaru adalahmengenai betapa ramainya jiwa-jiwa gelisah di Malaysia ini yang cintakan keamanan mahukan gerakan gulingkan kerajaan 31 Disember ini dibatalkan. Malah, ramai juga dari mereka ini mahu tindakan tegas diambil.

Perhimpunan tahun baru. Agak ironi jika perhimpunan TURUN
diadakan diwaktu kerajaan membazir berjuta-juta ringgit untuk konsert
kerohanian seperti ini.



Hasilnya, seorang pengguna mukabuku di Sarawak telah ditahan oleh pihak polis yang adil atas dakwaan telah mencemarkan jiwa-jiwa suci rakyat malaysia yang mahukan keamanan dengan kata-kata nista bertujuan mencantas kerajaan yang sedia ada. Jauh di dalam hati patik berasa kagum akan kehebatan pemuda yang tidak dikenali itu kerana hanya dengan satu posting mukabuku sahaja sudah mampu membuat pemerintah yang tinggal di kayangan berasa gelisah.Cuba bayangkan jika pemuda itu menggunakan Myspace, Twitter ataupun ruangan berkenalan di majalah Mangga, pasti runtuh kerajaan di kayangan.

Berbalik kepada silap mata yang sering kali dipaparkan oleh peti tv di rumah patik. Perkumpulan membantah kenaikan harga barang 31 Disember ini sudah berjaya diberi nama semula ataupun rebranding oleh pihak kerajaan a.k.a ahli silap mata sebagai perhimpunan guling kerajaan.Disebabkan rebranding ini, maka ramailah perwira-perwiri negara yang selama ini duduk di dalam hutan keluar untuk mempertahankan negara tercinta.

Mereka membantah akan sama sekali keganasan yang bakal dicetuskan oleh puak-puak "durjana" pada 31 Disember ini kerana waktu itu banyak konsert-konsert kerohanian akan diadakan di Times Square, KLCC dan juga Dataran Mereka.. err.. Dataran Merdeka, dan perhimpunan haram itu semestinya mengganggu kesejahteraan jiwa-jiwa suci yang menyambut tahun baru nanti.

Cis! Sungguh berani durjana-durjana ini membuat perhimpunan haram.
Di mana pihak polis untuk... err...nevermind..

Maka berduyun-duyunlah khadam ini pergi ke balai polis terdekat untuk membuat laporan polis. Ada laporan di kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan bermacam-macam tempat lagi. Tiba-tiba sahaja ramai kelihatan di tv rakyat-rakyat yang cintakan negara dan mereka menegaskan bahawa negara ini aman damai dan tidak perlu ada pertumpahan darah.

Selesai sahaja melihat persembahan magis di tv tersebut, patik bangun dan bertepuk tangan seorang diri di ruang tamu. Sungguh hebat! Ini kerana persembahan magis itu sungguh luar biasa. Masakan tidak, dengan begitu sahaja jiwa-jiwa lusuh ini diperbodohkan.

Ohh.. dan patik lupa.. sewaktu membantah Malayan Union dahulu, siapa yang mulakan tunjuk perasaan di jalan-jalan? Melayu mudah lupa...

No comments:

Post a Comment

infolinks