Saturday, December 28, 2013

Pengurangan subsidi: Ini baru permulaanya.. 2014 mu tunggu aku datang

Tahun ini rakyat Malaysia amnya telah menerima banyak kejutan istimewa dari pihak kerajaan sebagai hadiah ikhlas tulus dari hati di atas kemenangan mereka di pilhanraya yang lepas. Sebagai menghargai sokongan tanpa berbelah bagi dari rakyat yang memberikan kemenangan kepada mereka, berbagai-bagai "hadiah" telah diberikan. Setelah diumumkan pengurangan subsidi bahan api yang menyebabkan kenaikan harga minyak, datang pula berita mengenai penganalan cukai GST. Tidak cukup dengan itu, rakyat juga disajikan dengan kenaikan-kenaikan harga barang, harga tol, tarif elektrik, dan bermacam-macam lagi.


Maka satu persoalan timbul. Kenapa?

Tahun hadapan 2014 dilihat akan lebih mencabar kerana ramai pakar-pakar ekonomi meramalkan pemotongan subsidi akan terus dilakukan. Jika tuan-tuan sudah sesak nafas melihat kenaikan-kenaikan yang berlaku secara mendadak ini, dinasihatkan segera pergi berjumpa doktor kerana tahun hadapan bermacam-macam lagi pemotongan subisdi akan dilakukan.

Kenape tiba-tiba kerajaan Malaysia yang bijaksana ini mengambil tindakan yang dilihat gila dengan menaikkan kos sara hidup rakyat dengan mendadak? Sehinggakan tahap inflasi negara diramal melebihi 4% tahun hadapan. Mengapa berlaku pengurangan subsidi secara mendadak? Apa sebenarnya muslihat atau perancangan kerajaan?

Jawapannya mungkin terletak pada slogan yang sering dilaung-laungkan oleh Encik Najib ;

"Kite sekarang sedang menuju status negara maju dan negara berpendapatan tinggi"

Ya. Itu lah sebabnya. Kita sedang menuju negara maju. Disebabkan ini kerajaan mengurangkan subsidi kepada rakyat yang berjumlah hampir RM46 billion setahun. Maklumlah, mengurangkan subsidi rakyat dilihat jalan yang lebih effisien berbanding menghalang ketirisan yang belaku in plain sight dan juga goverment overspending.


Adakah En Najib bercita-cita menjadi salah seorang dari geng G8 ini?


Mengikut teorinya, pemotongan subsidi adalah satu tindakan yang bagus untuk kerajaan membangunkan negara. Ini kerana wang yang dijimatkan dari potongan subsidi itu boleh digunakan untuk kemajuan negara. Secara teorinya, pengurangan subsidi mampu merancakkan pengembangan ekonomi negara dan ini yang berlaku, di mana ekonomi Malaysia dijangka berkembang sekitar 5% untuk sekurang-kurangnya 2 tahun akan datang. Secara teorinya dan mungkin juga pelaksanaannya dilihat bagus.

Tapi di mana akal kita? Kita bukan robot. Kita manusia. Tiada guna pembangunan melangit jika rakyat dehimpit kesengsaraan. Apa guna kita mencapai taraf negara maju jika rakyat ketinggalan di belakang. Akhirnya, pembangunan dan kemajuan negara hanya dapat dinimati oleh segelintir dan yang lain hanya menjadi "penumpang".

Tiada salah untuk menjadi negara maju malah patik sangat-sangat menyokong jika negra berusaha membangun ke arah itu. Tetapi, guna akal, lihat apa yang perlu dahulu.

Greece: negara maju yang sungguh "makmur"
Pembangunan negara hendaklah dilakukan secara sistematik dan holistik. Tidak sahaja negara itu maju jika GDP nya tinggi ataupun percapital income nya tinggi. Lihat sahaja sistem pendidikan kita. Ranking universiti kita jatuh ke oblivion, siapa akan menjadi pemandu negara bila negara mencapai taraf negara maju nanti? orang asing? Orang Melayu sekarang dilihat tidak kompetitif kerana dicacatkan oleh dasar kerajaan yang kononnya melindungi kaum melayu, siapa akan memacu negara? Negara maju bukan sekadar satu status yang dikejar. Bukan seperti title Datuk, Datuk Seri yang dipakai sekali dan selamanya dianggap mulia. Negara maju ialah satu manifestasi sesebuah negara mengenai what is the country stands as a whole.

Tidak semestinya jika status negara maju sudah dicapai nanti semuanya akan menjadi baik dengan sendirinya. Jika tidak percaya, boleh tanya Greece.

No comments:

Post a Comment

infolinks