Sunday, December 22, 2013

Fallacy : Pengurangan cukai TIDAK akan menyebakan lambakan kereta di jalan raya

Kita selalu mendengar hujah-hujah untuk menjustifikasikan kadar cukai eksais ke atas kereta yang diimport. Antara hujah yang popular adalah jika cukai-cukai itu dihapuskan maka akan berlaku lambakan kereta di atas jalan-jalan raya di Malaysia.

Patik kadang-kadang konpius melihat mereka yang berhujah menggunkan argument ini. bagi patik hujah ini adalah satu fallacy.Ya betul, secara teorinya law of demand jika sesuatu harga barang itu murah, maka permintaan ataupun penggunaan barangan itu akan meningkat. tetapi tidak dalam kes harga kereta ini. Kenapa? Mari kita bincangkan:

Hujah patik:

1.  Kereta bukan barang kepenggunaan umum



Kereta dikategorikan sebagai private goods seperti barang-barang elektronik dan juga pakaian. Ianya bukanlah public goods. Private goods bermaksud item itu adalah bersifat rivalries dan excludable. Maksudnya, harga kereta ataupun pembelian kereta adalah bergantung kepada supply ataupun penjualan kereta di pasaran dan demand dari pembeli. Semua ini bergantung kepada kehendak pasaran dan kita harus ingat supply of cars di negara ini tidaklah infinit kerana kereta diimport. Walaupun harga kereta murah, tidak semestinya akan terdapat kereta yang diingini di pasaran negara. Ini bermaksud walaupun harga kereta diturunkan, kita tidak akan melihat lonjakan jumlah kereta secara mendadak di jalan raya.

Jika ingin mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya, limitkan sahaja jumlah pengimportan kereta masuk ke Malaysia. Ini mampu check balance supply dan demand kereta import di Malaysia. Tidak perlu mengenakan cukai membabi buta terhadap rakyat.


2.  Kereta menjadi murah adalah satu misconception.

Ramai yang beranggapan jika cukai import dihapuskan atau dikurangkan, maka harga kereta akan menjadi murah. Ianya adalah salah anggapan kerana harga kereta hanya akan menjadi "relatively cheaper". Jika kereta BMW 3 series diturunkan harganya kepada RM100,000, ianya tidaklah murah secara literalnya, tetapi secara relatifnya ianya agak murah.

Apakah significant perkara ini? Ini bermaksud golongan-golongan upper class middle income kini mampu membeli kereta-kereta import yang dikehendaki pada harga yang jauh lebih murah. Tetapi kepada golongan lower middle income ataupun lower middle income, penurunan harga kereta ini tidak akan memberi kesan.


3.  Market segment Proton tidak akan terjejas

Jika proton benar-benar ingin terus menguasai sektor ekonomi negara dengan polisi kuku besinya, kerajaan boleh mengenakan cukai kepada kereta yang berada dalam market segment Proton. Ini bermakna kereta yang import yang berharga RM100,000 kebawah boleh dikenakan cukai import yang tinggi agar kereta Proton akan masih mendapat demand kerana harganya murah.

Tetapi untuk mengenakan cukai eksais yang sama kepada kereta yang berharga beratus-ratus ribu adalah satu kebodohan kerana kereta-kereta ini tidaklah bersaing dalam market proton. Lagipun duit beratus-ratus ribu setiap kereta itu hanyalah dapat kepada golongan tertentu sahaja dan tidak sampai untuk pembangunan kerajaan. Lebih baik duit itu disimpan oleh pembeli kereta dan mereka dapat menggunakannya untuk benda lain. Ini secara tidak langsung dapat meningkat liquidity ekonomi negara.




4.  Banyak atau sikit kereta bergantung kepada jumlah pemandu.

Melainkan anda adalah seekor octopus, besar kemungkinan anda hanya mempunyai 2 tangan. Adalah sangat kelakar jika sesiapa berfikir bahawa jika kereta menjadi murah, maka akan bertambahlah bilangan kereta di jalan raya. Ya, rakyat Malaysia mungkin mampu membeli lebih banyak kereta dan disimpan di RUMAH, namun di atas JALAN RAYA, tiada perubahan yang drastik akan berlaku. Kita tidak boleh memandu 2,3 atau empat bijik kereta pada satu-satu masa. Cuma yang akan berbeza ialah jenis kenderaan akan dipandu.

Golongan berpendapatan rendah yang sebelum ini tidak mampu memiliki kereta pon tidak akan terkesan. Ini kerana, sekarangpun mereka tidak mampu memiliki kereta-kereta ekonomi seperti kancil ataupun saga, jika cukai diturunkan nanti mereka tidak akan secara tiba-tiba mampu membeli Toyota Camry.

Hakikatnya, yang akan mendapat manfaat adalah rakyat Malaysia yang sudah ada kenderaan. Apa yang berlaku hanyalah mereka akan bertukar jenis kenderaan. Dari kereta lama kepada kereta import baru yang affordable. Tidak akan ada pertambahan kereta secara drastik di jalan raya!





5.  Mengaku sajalah, masalah kesesakan adalah tiada kaitannya harga kereta.

Masalah kesesakan traffik tiada kaitan dengan harga kereta. Jika semua rakyat Malaysia memandu kereta Mercedes sekalipun masalah traffik akan tetap sama jika semua memandu kereta buatan tempatan.

Cara untuk menagatasi adalah dengan memperkenalkan cukai untuk kereta-kereta di bandar. Seperti di negara-negara maju yang lain.


6. Berubahlah Proton


Secara peribadi, patik merasakan proton suprima adalah kereta yang berbaloi .
Be brave Proton !

Tiada guna kalau ingin menjadi pejuang automotif negara dengan cara kotor. menindas rakyat dengan cukai yang mengarut kononnya adalah patriotik. Rakyat berkorban beratus berpuluh ribu membayar cukai tetapi kualiti dan inovasi proton masih ditakuk lama. Berubahlah, jangan nanti suatu hari nanti rakyat mula menyampah kerana cogan kata "patriotik" ini akan pecah tembelangnya suatu hari nanti. Ini bukan lagi abad ke-19 di mana rakyat hanya patuh kehendak atasan.

Jika di lihat di UK dan US sekalipun, banyak syarikat-syarikat besarnya yang mengalami kerugian sehinggakan ada yang ditutup. tetapi mereka tidak mengenakan cukai berlebihan kepada kereta import masuk ke negara mereka semata-mata untuk "memaksa" rakyat mereka membeli kereta buatan tempatan. Detroit misalnya yang dulu ialah pusat penghasilan kereta dunia sekrang ini menjadi bandar tinggal kerana semua syarikat kereta seperti Ford, General motors mengalami kerugian. Tetapi mereka tidak menggunakan cara keji dan taktik kotor dengan menekan rakyat sendiri.

lagipun, kita sedia maklum. Duit cukai kita itu pergi ke mana. yang pasti bukan kepada kerajaan untuk pembanguna negara.

 Hidup "patriotik". !!! Ulang lah sampai muntah...

No comments:

Post a Comment

infolinks