Saturday, December 28, 2013

Prof Muhaya: berfikirlah secara positif

Baru-baru ini perasaan rakyat Malaysia telah terguris oleh kenyataan seorang tokoh motivasi yang menayarankan agar rakyat mencari jalan keluar dari kemelut ekonomi yang berlaku disebabkan tindakan ganas kerajaan.

Kata beliau, orang yang tidak tahu bersyukur adalah orang yang tidak tenang dan rakyat lah yang harus bertanggungjawab mencari jalan penyelasaian di atas kemelut ekonomi yang melanda.

Patik ketawa terkekek-kek apabila membaca keratan sinar akhbar tersebut. Bukan kerana perkara ini kelakar tetapi kerana kejumudan pemikiran seorang yang bergelar pakar motivasi.

Prof Positif



Patik tidak mahu komen panjang-panjang, sekadar ingin melontarkan bebeapa persoalan.

Adakah ianya sesuatu yang positif jika rakyat yang terpaksa mencari jalan keluar da atas kemelut ekonomi yang disebabkan oleh penyalahgunaan dan mismanagement kerajaan? Umpama jika ada orang yang melempar tahi kepada patik, adakah patik yang terpaksa berterima kasih dengan pelempar tahi tersebut dan harus berfikir positif?

Kenapa rakyat yang perlu mencari jalan penyelasian di atas permasalahan yang bukannya dicipta oleh mereka? Kenapa rakyat harus berada at the losing end sedangkan puak-puak menteri di kayangan hidup bagaikan dewa di atsa kesengsaraan rakyat?

Prof inginkan rakyat bersikap positif bukan, bukan?

teringatkan cerita Yes Man..

Adakah ianya satu sikap yang positif jika kita tidak mengendahkan nasib rakyat yang dihimpit kesusahan?
Adakah perbuatan tersebut boleh dianggap mulia? Adakah bermaksud jika kita sudah cukup makan dan mampu membawa kereta mewah maka kita tidak lagi perlu mempedulikan nasib mereka-meraka yang kurang berkemampuan? Tidakkah ini perbuatan yang bukan sahaja selfish tetapi juga ? Apa yang positifnya mengenai sikap ini?

Adakah ianya satu sikap yang positif jika rakyat hanya terus mengangguk ke atas apa sahaja yang diperlakukan kepada mereka? Adakah ianya satu perkara yang positif jika rakyat terus menjadi bodoh?


Patk merasa geli hati bila Prof Positif ini mencadangkan jalan penyelesaian seperti memulakan bisnes sambal tumis dan seumpamanya. Tidakkah prof tahu bahawa kadar inflasi negara bakal meningkat tahun hadapan? Ini akan menyebabkan kadar faedah meningkat. Purchasing power rakyat akan berkurang. jika memulakan bisnes sambal tumis pon tidak menjamin keuntungan dalam keadaan sekrang ini. Dan jika semua kaum surirumah membuat sambal tumis tidakkah ini menyebabkan gejala buasir berleluasa? (Just kidding)

Patik juga seorang tabib seperti Prof, walaupun tidaklah sehebat dan segah Prof. tapi sudahkah Prof lupa akan keadaan healthcare kita yang semakin hari semakin teruk. banyak hospital yang kekurangan ubat. Pesakit kadang-kala terpaksa beratur hingga ke luar pintu. Waktu menuggu yang kadang-kadang lebih teruk dari penyakit itu sendiri. Kos perubatan meningkat. Subsidi perubatan banyak disonglap. Mungkin Prof sudah lupa, kerana perkara-perkara ini tidak berlaku di Prince Court.

Patik tidak pasti dengan apa yang dimaksudkan oleh berfikir secara positif oleh prof. Jika berfikir secara positif bermaksud menjadi bodoh, pak turut, mengabaikan nasib orang yang susah, mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang manusia kepada manusia lain.

Patik rasa bukan rakyat tapi Prof sebenarnya yang harus berfikiran positif.




No comments:

Post a Comment

infolinks