Monday, December 16, 2013

Kesengsaraan Gaza bukan bermusim.

Bertahanlah Gaza

Banjir di Gaza

Sekarang ini Ribut Alexa sedang melanda negara-negara timur tengah. Negara Mesir contohnya, mendapat liputan salji setelah lebih seratus tahun, begitu juga di Syria dan juga Palestine. Semenanjung Gaza contohnya, keadaan banjir telah menyebabkan beribu-ribu penduduk terpaksa dipindahkan dan bekalan elektrik terputus. Tidak termasuk bekalan makanan yang meruncing bagi mereka menghadapi musim sejuk disebabkan Ribut Alexa ini.

Tidak rasa apa-apa? Sekarang cuba baca lagi

“Sekarang ini ASKAR ISRAEL sedang mengganas di negara-negara timur tengah terutamanya Palestine. Keganasan ISRAEL ini menyebabkan keadaan penduduk di Gaza menjadi teruk. Beribu-ribu penduduk terpaksa dipindahkan dan bekalan elektrik terputus. Tidak termasuk bekalan makanan yang dicatu bagi mereka menghadapi KEGANASAN ISRAEL ini.”

Faham?

Jika semasa Israel melancarkan operation Pillar of Cloud hujung tahun lepas, ramai kalau tidak berjuta rakyat Malaysia menunjukkan rasa simpati kepada penduduk Gaza yang ditindas dan bermacam-macam tunjuk perasaan diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan di mana-mana sahaja. Namun, saat ketika ini penduduk Gaza sedang menghadapi keruncingan yang lebih kurang sama seperti ketika operation Pillar of Cloud tersebut. Tapi, di mana suara-suara yang dulu kuat mencanang bahawa akan sentiasa menyokong Palestine?

Jika dulu heboh diperkatakan mengenai kempen boikot McD kerana dikatakan member sumbangan kepada Zionis, ketika rakyat Palestine memerlukan sumbangan menempuh musim sejuk antara yang tersejuk pernah direkodkan ini, di manakah gendang2 yang dipalu sebelum ini? Disimpan untuk dipalu sekali lagi jika Israel menyerang? Dan selepas itu senyap disimpan kembali? Adkah kerana Malaysia tiada salji, maka kita tidak boleh boikot salji? Adakah kita hanya membantu jka Israel melncarkan operasi ke atas Gaza?

Israel sedar perkara ini, sokongan kepada Gaza hanya bermusim. Sebab itu lah mereka tidak takut menindas rakyat Palestine.

Sumbangan yang diberikan oleh NGO Malaysia-Palestine sangat dikagumi. Di kala media tidak memberikan liputan meluas mengenai krisis di Gaza ini, mereka tetap gigih memberikan sumbangan. Mereka istiqomah dalam membantu Palestine dan tidak hanya berdemo di depan kedutaan Amerika Syarikat ataupun sekadar memboikot McD.

Kepada rakyat Malaysia yang prihatin, sumbangan boleh diberikan kepada Viva Palestine. Musim sejuk kali ini sangat mencabar dan mereka memerlukan sokongan kita.


facebook viva PalestinaMalaysia:  https://www.facebook.com/vivapalestinamalaysia


No comments:

Post a Comment

infolinks