Sunday, December 22, 2013

H-1B visa,, senjata rahsia Amerika.

Namanya bagaikan secret code untuk program-program senjata Amerika. Namun, hakikatnya adalah jauh sama sekali. H-1B visa adalah sejenis non-immigrant visa yang diberi kepada orang asing untuk berkerja di Amerika. Nama timangannya ialah Genius Visa.

Genius Visa

Visa jenis ini diberikan di atas permintaan employers kepada rakyat asing yang mahu berkerja di Amerika. ini bermakna jika anda mempunyai syarikat di US, dan anda ingin mengambil tenga kerja pakar dari luar, anda boleh memohon visa H-1B ini untuk membolehkan perkerja yang dihendaki berkerja di US.

Visa jenis ini hanya terpakai selama mana seseorang pekerja itu berkerja untuk syarikat yang mengupahnya. jika ditamatkan kerja, perkerja itu perlu mencari syarikat lain ataupun visa ini akan ditamatkan.

Apa kelebihannya ?

Kelebihannya ialah jika anda seorang yang berkemahiran, ada PhD, berilmu dan bercita-cita tinggi, maka anda bloeh memohon visa ini untuk berkerja di US. Sebab itu visa ini dikenal sebagai genius visa kerana kebanyakan orang yang memohon visa ini adalah orang yang berkemahiran tinggi.


Sistem pendidikan Amerika yang semakin teruk

Perkara ini memang diakui oleh kerajaan Amerika sendiri. Sistem pendidikan di US tidak mampu menghasilkan tenaga-tenaga pakar yang cukup dan berkebolehan untuk memajukan negara. Jadi mereka mengimport genius-genius untuk berkerja dengan mereka.

Sistem pendidikan Amerika adalah teruk, lebih baik sedikit sahaja dari negara-negara dunia ketiga dalam segi kemajuan sains dan teknologi. Tapi kenapa mereka berada di depan dalam kemajuan sains dan teknologi dunia hari ini?
Bapa kandung Steve Jobs adalah arab Syria yang berhijrah ke US.

Ini kerana, kebanyakan mereka yang memajukan negara Amerika itu bukan rakyatnya sendiri. Ini membolehkan Amerika mengekalkan reputasinya sebagai negara kuasa besar, dengan menggunakan tenga-tenaga kerja asing.

50% dari pemilik ijazah PhD di US adalah foreign-born. Dan mereka-mereka ini yang mempunyai ilmu dan kemahiran dari US akhirnya balik ke negara-negara asal mereka dan ini menyebabkan berlaku pula kemajuan sains dan teknologi di negara asal mereka.



Amerika kini hanyalah satu jenama. Di dalamnya ada bermacam-macam syarikat. Dan rakyatnya hanyalah perkerja. Amerika kini hanya menyediakan peluang perkerjaan, dan orang-orang dari luar US akan memohon dan berkerja untuk mereka.


Dunia yang berubah


Statue of Liberty adalah buatan Perancis.

Dunia kini semakin berubah. Siapa yang lambat dan tidak mahu mengejar akan ketinggalan. Ditambah pula dengan dunia kini semakin samar sempadannya. Kita tidak lagi boleh melihat pembangunan negara berasaskan sentimen perkauman ataupun favouritism. Siapa yang berusaha, dia layak di depan.

Jika kita mahu orang Melayu maju, berhenti menanamkan siege mentality di kalangan orang Melayu. Orang Melayu harus mendongak dan melihat ke depan. Kita sudah merdeka, jangan lagi dijajah oleh pemikiran yang takut untuk menghadapi situasi dunia sebenar. Kita tidak lemah dan kita tidak bodoh. Hanya orang politik yang mahukan kita menjadi begitu agar periuk nasi mereka tidak diganngu.

No comments:

Post a Comment

infolinks